Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Zuraida bengang Abdullah Sani terima gelaran 'Datuk'

“Lepas dapat tahu Abdullah Sani dapat pangkat Datuk dari Pulau Pinang, Zuraida terus telefon dan marah-marah sebab tak puas hati. “Lepas dapat tahu Abdullah Sani dapat pangkat Datuk dari Pulau Pinang, Zuraida terus telefon dan marah-marah sebab tak puas hati.

Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dikatakan tidak berpuas hati dengan pengurniaan gelaran pangkat Datuk kepada Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Memetik laporan SuaraTV, Zuraida dikatakan telah memohon untuk mendapatkan gelaran berkenaan sebayak tiga kali namun gagal, sebaliknya Abdullah diberikan gelaran berkenaan selepas hanya membuat sekali permohonan.

“Lepas dapat tahu Abdullah Sani dapat pangkat Datuk dari Pulau Pinang, Zuraida terus telefon dan marah-marah sebab tak puas hati.

“Dia tak puas hati sebab dah tiga kali buat permohonan untuk pangkat Datuk tapi masih tak lepas, tapi Abdullah baru sekali mohon terus dapat,” kata sumber tersebut yang enggan mendedahkan identitinya itu.

Sumber itu terut mendakwa, Abdullah Sani bagaimanapun enggan memanjangkan isu tersebut kerana menyifatkan tindakan Zuraida itu sebagai tidak matang.

Abdullah yang juga merupakan pemangku presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena sambutan ulang tahun ke-78 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas Ogos lalu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.