Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

VIDEO: David Teo Minta Maaf, Peluk Najib Lepas Kena Penampar

Pengarah filem David Teo akhirnya mengakui kesilapannya yang bertindak biadap ketika program Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana malam tadi.

Sejurus selepas insiden ditampar oleh pelakon komedi Sulaiman Yasin atau lebih dikenali sebagai Mat Over, David dilihat menghulurkan tangan tanda pendamaian sebelum bertindak memeluk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui klip video yang dikirimkan kepada SmasaNews Najib dilihat tersenyum sambil memeluk kembali David sebagai tanda memaafkan dan melupakan insiden yang tidak disangkap itu.

Terdahulu Mat Over ketika dimibta mengulas mengenai insiden itu berkata

"Semua orang nak tanya soalan kat PM dan (Datuk) Rosyam cuba sedaya upaya layan semya orang.

"Dia nak marah Rosyam tu hal dia tapi bila dia menjerit-jerit dihadapan PM itu kurang ajar (kerana) ini rumah PM jadi kita datang rumah orang kenalah jaga adab. Itu yang saya hot tak tahan sabar," katanya kepada wartawan Agendadaliy sejurus selepas insiden tersebut.

Terdahulu Najib berucap pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak serta Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Lebih 400 artis, karyawan dan penggiat seni tanah air hadir pada program dialog berkenaan dengan sesi dialog dikendalikan pelakon, Datuk Rosyam Nor.

Program diadakan bertujuan mendengar sebarang isu berbangkit berkaitan industri selain aspirasi dan harapan penggiat seni bagi tiga dekad akan datang menjelang TN50.

Antara artis dan penggiat seni ternama yang hadir termasuklah Datuk Yusof Haslam, Datuk D J Dave, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Norman Abd Halim, Datuk Nash, Nora Danish, Harith Iskander, Johan Rajalawak dan Zizan.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.