Dikemaskini 9:07 AM, 19 Aug, 2017
A+ A A-

VIDEO: Muhyiddin bakal disaman, sebabkan bekas ahli trauma, kemurungan

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal diambil tindakan mahkamah kerana menyebabkan bekas ahli partinya mengalami trauma dan kemurungan.
 
Ia berikutan dakwaan  Muhyiddin sebelum ini yang mendakwa bekas ahlinya, Mohd Anas Sudin yang mengumumkan keluar parti baru-baru sebagai seorang ahli PKR.
 
Anas menegaskan perkara itu dalam satu sidang media khas di Seremban malam tadi bersama beberapa orang pengikutnya yang juga bekas ahli PPBM.
 
Walau bagaimanapun, Anas memberi peluang kepada Muhyiddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam bentuk siaran media dalam masa tujuh hari bermula hari ini sebelum meneruskan hasrat untuk tindakan undang-undang tersebut.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.