Dikemaskini 9:07 AM, 19 Aug, 2017
A+ A A-

VIDEO: Muhyiddin tak kisah ahli PPBM keluar parti

Tindakan keluar parti oleh sekumpulan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari cawangan Rembau tidak menjejaskan parti itu.

Menurut presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui di luar Dewan Rakyat semalam, kumpulan yang keluar parti tersebut hanya sebilangan kecil iaitu lebih kurang 20 orang, berbanding 500 seperti yang didakwa oleh kumpulan tersebut.

"Bagi saya ini tidak membimbangkan kerana Negeri Sembilan adalah negeri terakhir yang kita akan selesaikan pembentukan bahagian-bahagiannya mulai sekarang. 

"Ramai ahli masih kekal, mereka kata 500, saya lihat cuma 20 orang. Jadi, semua ini tidak membimbangkan kita. PPBM tidak terjejas kerana hanya tindakan satu dua orang.”

Tambah Muhyiddin lagi, kenyataan tersebut bersifat dangkal kerana sebahagian daripada kumpulan tersebut termasuk pemimpinnya, Mohd Anas Sudin merupakan ahli PKR. 

“ Saya dapat maklumat bahawa sebahagian daripada mereka termasuk Anas ini sudah pun menjadi ahli dalam PKR.”

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.