Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Akuarium hologram perhiasan mewah berteknologi terkini

Perunding Hologram Turcomp Holoworld Sdn Bhd Jacky Tan berkata perhiasan menggunakan teknologi hologram tiga dimensi (3D) itu memperlihatkan seolah-olah ikan sedang berenang-renang di dalam sebuah akuarium walhal ia hanyalah berkonsep animasi. Perunding Hologram Turcomp Holoworld Sdn Bhd Jacky Tan berkata perhiasan menggunakan teknologi hologram tiga dimensi (3D) itu memperlihatkan seolah-olah ikan sedang berenang-renang di dalam sebuah akuarium walhal ia hanyalah berkonsep animasi.

Teknologi 'Aquarium hologram' bakal menjadi fenomena perhiasan mewah baharu yang pastinya menarik minat golongan elit untuk menempatkannya di kediaman mereka.

Perunding Hologram Turcomp Holoworld Sdn Bhd Jacky Tan berkata perhiasan menggunakan teknologi hologram tiga dimensi (3D) itu memperlihatkan seolah-olah ikan sedang berenang-renang di dalam sebuah akuarium walhal ia hanyalah berkonsep animasi.

Beliau berkata perhiasan berkenaan berupaya mewarnai ruang kediaman dengan keceriaan akuarium yang dihiasi puluhan jenis ikan hologram.

"Kami mempunyai kepakaran dalam menghasilkan apa sahaja jenis ikan yang pelanggan mahu tempatkan di dalam ruang akuarium mereka malah dekorasinya juga boleh diubah mengikut citarasa pembeli.

"Perhiasan berteknologi tinggi ini adalah hasil R&D (Kajian dan Pembangunan) yang syarikat lakukan sejak tahun 2015 dan hanya mula memasuki pasaran tahun ini setelah kami berpuas hati dengan kualitinya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau ditemui pada Homedec 2017 yang bermula semalam sehingga Ahad ini bagi fasa pertama sebelum sambungan fasa kedua pada Khamis hingga 29 Oktober di lokasi sama.

Tan berkata setakat ini pihaknya menawarkan dua saiz akuarium untuk mereka yang berminat dengan akuarium bersaiz 3 kaki (0.9m) dijual pada harga RM19,800 manakala yang bersaiz 6 kaki (1.8m) pada harga RM28,800 termasuk kos pemasangan, kandungan sistem, perisian serta perkakasan.

Katanya kos tambahan dikenakan sekiranya pembeli mahu menukar kandungan hologram di akuarium kepada bentuk animasi lain.

"Penggunaan elektrik bagi akuarium hologram ini cukup menjimatkan malah boleh dikatakan sama seperti kos penggunaan elektrik ketika menonton tetevisyen,” tambahnya. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.