Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Khaled minta peminat JDT berhati-hati ke Shah Alam

Beliau berpesan demikian dalam satu kemaskini terbaru Facebook beliau. Beliau berpesan demikian dalam satu kemaskini terbaru Facebook beliau.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa semua penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berhati-hati dalam perjalanan ke Shah Alam.

Beliau berpesan demikian dalam satu kemaskini terbaru Facebook beliau.

“#RoadtoFinal Singgah minum di RNR Pagoh. Hati hati memandu buat semua penyokong JDT. Jumpa di Shah Alam esok. #Johor01,” tulis beliau dalam kemaskini yang dimuatnaik kira-kira 11.25pm tadi.

Beliau turut memuatnaik sekeping gambar pandangan sisi yang menunjukkan beliau sedang menggunakan telefon bimbitnya. Raut wajah beliau juga kelihatan sedikit letih.

Mohamed Khaled dipercayai sedang dalam perjalanan ke Shah Alam, bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017.

JDT, atau Harimau Selatan, akan turun menentang juara bertahan Piala Malaysia, Kedah dalam perlawanan malam esok.

Beliau sebelum ini meramalkan pasukan Harimau Selatan akan merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Lang Merah dengan jaringan 2-0.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.