Dikemaskini 3:27 AM, 23 Oct, 2017
A+ A A-

Johor bakal miliki stadium RM450 juta

Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu yang bakal menjadi mercu tanda baharu negara yang menggunakan khidmat arkitek dari England. Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu yang bakal menjadi mercu tanda baharu negara yang menggunakan khidmat arkitek dari England.

Johor maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara dengan pembinaan stadium bola sepak termoden di Malaysia yang dianggarkan bernilai RM450 juta.

Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu yang bakal menjadi mercu tanda baharu negara yang menggunakan khidmat arkitek dari England.

Menurut kemaskini yang dikongsi di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Rabu telah mendengar taklimat mengenai struktur dan rekaan dalaman terkini stadium berkenaan yang akan dibina di Iskandar Puteri, Johor.

"Taklimat tersebut diberikan oleh pereka bentuk dalaman dari England yang menerangkan bahawa rekabentuk stadium baharu ini dibuat berlandaskan konsep penentuan, fokus, berani, transformatif, berbeza dan pertimbangan.

"Rakyat Johor perlu berbangga kerana stadium bola sepak termoden ini terletak di negeri Johor. Luaskan Kuasamu Johor," menurut posting tersebut.

Turut hadir Datuk Daing Malik dan beberapa wakil dari Country Garden bagi meneliti lakaran terkini stadium yang dijangka siap pada Februari 2019 itu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.