Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Kebocoran gas di SSGP Petronas di Lawas

Menurut Pejabat Hubungan Media Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, pasukan respons kecemasan telah digerakkan dan dapat mengawal keadaan dan telah memaklumkannya kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan. Menurut Pejabat Hubungan Media Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, pasukan respons kecemasan telah digerakkan dan dapat mengawal keadaan dan telah memaklumkannya kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan.

Satu kejadian kebocoran gas dilaporkan di kawasan Saluran Paip Gas Sabah dan Sarawak (SSGP) di Long Luping, daerah Lawas di Bahagian Limbang pada kira-kira 1.45 pagi tadi.

Menurut Pejabat Hubungan Media Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, pasukan respons kecemasan telah digerakkan dan dapat mengawal keadaan dan telah memaklumkannya kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan.

“Tiada impak ke atas masyarakat di sekeliling dan alam sekitar. Siasatan masih dijalankan,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Untuk rekod, SSGP sepanjang 512km itu mengangkut gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu,Sarawak untuk diproses menjadi gas asli cecair (LNG) di Kompleks LNG Petronas untuk dieksport. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.