Dikemaskini 3:27 AM, 23 Oct, 2017
A+ A A-

Pegawai kanan SPRM dituduh 'pikat’ bini orang

Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut. Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut.

Sebuah laporan polis difailkan bagi mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan bahawa seorang pegawai kanan SPRM cuba memikat isteri orang, yang merupakan satu kesalahan jenayah.

Menurut ahbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, laporan itu difailkan oleh seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun, dengan ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju, pada Selasa lalu.

Akhbar itu memetik Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif sebagai berkata, kes dirujuk kepada Bukit Aman.

Menurut laporan berkenaan, pengadu menyedari perkara itu apabila menonton sebuah rakaman video di YouTube.

Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut.

Dalam usaha menyindirnya, video itu juga memaparkan ucapan pegawai SPRM berkenaan.

Kes berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks .”

Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan itu tercetus ketika SPRM, di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Dzulkifli Ahmad, memperhebatkan kempen membanteras rasuah ke atas penjawat awam dan ahli politik.

Kes berprofil tinggi terbaru membabitkan siasatan SPRM ke atas penyelewengan dana untuk projek-projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Selasa lalu, SPRM menahan adik kepada bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes itu. Spekulasi tersebar bekas naib presiden Umno itu adalah sasaran seterusnya.

Shafie, yang digugurkan sebagai menteri pada tahun 2015 berikutan pandangannya yang kritis terhadap 1MDB, kini mengetuai parti pembangkang Parti Warisan Sabah yang berpangkalan di Sabah.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.