Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Suami isteri maut terkena tayar lori tercabut

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abd Wahab berkata pasangan suami isteri yang maut itu dikenali sebagai Azizan Sahari, 43, dan Norbaiti Awang, 44, meninggal dunia di tempat kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abd Wahab berkata pasangan suami isteri yang maut itu dikenali sebagai Azizan Sahari, 43, dan Norbaiti Awang, 44, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sepasang suami isteri maut apabila terkena hentaman dua tayar lori yang tiba-tiba tercabut ketika menunggang motosikal di KM 10 Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir, Kuala Pilah, dekat Seremban semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abd Wahab berkata pasangan suami isteri yang maut itu dikenali sebagai Azizan Sahari, 43, dan Norbaiti Awang, 44, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu berlaku semasa lori muatan pasir terbabit dalam perjalanan dari arah Batu Kikir menghala ke Kuala Pilah pada kira-kira jam 10.55 pagi.

Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar belakang sebelah kanan lori itu telah tercabut dan masuk ke laluan bertentangan.

“Tayar itu kemudiannya terpelanting ke arah pasangan suami isteri ini yang kebetulan melalui jalan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Katanya kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat. - Bernama

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.