Isa Samad letak jawatan
- Written by Smasa News
- Published in Semasa
- 0 comments

Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad meletakkan jawatan, berkuat kuasa hari ini.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perladangan itu berkata, Mohd Isa 'berhenti daripada pelantikannya sebagai pengarah yang dilantik kerajaan untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab peribadinya".
Beliau dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas FGV pada 1 Jan, 2011.--Bernama