Dikemaskini 8:18 AM, 23 Jun, 2017
A+ A A-

Mindef tanggung pelajaran anak 2 juruterbang maut

Segala perbelanjaan sekolah akan ditanggung sehingga mereka masuk universiti dan sebagainya Segala perbelanjaan sekolah akan ditanggung sehingga mereka masuk universiti dan sebagainya

Kementerian Pertahanan akan menanggung pembelajaran anak-anak dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39 dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terkorban dalam latihan di Chukai, Terengganu, semalam.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, pihaknya amat berdukacita dengan insiden yang berlaku itu.

"Bagi pihak kementerian, anak-anak kedua-dua mangsa juruterbang yang terkorban ini akan ditanggung sehingga mereka tamat pengajaran.

"Segala perbelanjaan sekolah akan ditanggung sehingga mereka masuk universiti dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengebumian allahyarham Mejar Yazmi di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa, kira-kira 11.45 pagi tadi.

Mohd Johari dalam pada itu menggesa siasatan segera dijalankan.

Malah, pihaknya akan membincangkan dengan pegawai atasan TUDM tentang kenaikan pangkat secara medan.

"Kita akan lihat perkara itu kerana kedua-dua juruterbang terbabit adalah juruterbang yang terlatih," katanya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.