Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Permohonan Selangor cabar persempadanan semula ditolak

Mahkamah menolak empat alasan yang ditimbulkan oleh kerajaan negeri. Mahkamah menolak empat alasan yang ditimbulkan oleh kerajaan negeri.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman kerajaan Selangor bagi mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mahkamah menolak empat alasan yang ditimbulkan oleh kerajaan negeri.

Hakim Azizul Azmi Adnan berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan perkara itu.

Tiada arahan berkaitan kos dibuat.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan keputusan itu, yang sekali gus menghalang SPR daripada menjalankan inkuiri terhadap aduan pemilih di Selangor.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.