Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Siapa yang gusar sebenarnya?

Itulah masalahnya bila hati telah hitam dan bernanah kerana dendam serta terlalu banyak makan dedak haram dari sumber yang telah teramat sah akan haramnya (duit dari Israel sebanyak RM1.5 bilion) maka inilah akibatnya. Itulah masalahnya bila hati telah hitam dan bernanah kerana dendam serta terlalu banyak makan dedak haram dari sumber yang telah teramat sah akan haramnya (duit dari Israel sebanyak RM1.5 bilion) maka inilah akibatnya.

Secara tiba-tiba seorang bangsaku menulis panjang lebar tentang politik dunia Amerika dan akhirnya cuba dialihkan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagaikan seorang pakar ekonomi ulung, maka bermadahlah si polan bernama Mahzir bahawa Menteri Besar Johor sebagai seorang pemimpin yang gagal dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri.

Saya ucapkan terima kasih kerana Mahzir secara tak langsung mengakui bahawa Khaled sememangnya pada pengamatan beliau, adalah seorang pemimpin yang bekerja keras dan kuat bekerja.

Sudah sememangnya DAP suka mendendangkan lagu-lagu lapuk dan lauk basi sebagai hidangan.

Itulah masalahnya bila hati telah hitam dan bernanah kerana dendam serta terlalu banyak makan dedak haram dari sumber yang telah teramat sah akan haramnya (duit dari Israel sebanyak RM1.5 bilion) maka inilah akibatnya.

Hilang pedoman untuk mencari kebenaran.

Saya ahli UMNO, pemimpin UMNO dan saya rasa cukup muak dengan isu 1MDB yang dilaung-laungkan oleh Tokong sembahan Mahzir serta kuncu-kuncunya. Begitu juga dengan rakyat Malaysia.

Mohon tanya sendiri dengan YB DAP Kepong, Dr Tan dari parti saudara sendiri. Saya rasa Mahzir tak pandai membaca tulisan bahasa kebangsaan (seperti pujaan-pujaan Mahzir) maka dia gagal memahami isu sebenar.

Kami nak bekerja dan berbuat bakti kepada rakyat. Kami tiada masa nak melayan fitnah serba adu domba manusia dan dewaan Mahzir.

Cukup saya nyatakan di sini bahawa isu 1MDB sudah selesai, walaupun sememangnya ada beberapa masalah pada peringkat awal penubuhan serta perjalanan dan pengurusan 1MDB.

Kepada kami Bangsa Johor, kesediaan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri untuk turun ke setiap negeri dan menerangkan kepada kami semua adalah suatu yang cukup membanggakan. Itulah pemimpin kami.

Tak cukup dengan itu, majlis penerangan telah dibuat oleh Arul Kanda selaku CEO 1MDB sudah mencukupi. Terbaru Timbalan Presiden Pas serta ahli majlis tertinggi Pas pusat pun dimaklumkan amat berpuas hati dengan penerangan yang telah dilakukan oleh Arul Kanda.

Kesimpulannya, isu 1MDB, derma RM2.6 bilion yang dimomokkan serta didendangkan oleh dewa-dewa Mahzir serta juak-juak dan macai-macainya telah terjawab dengan penuh fakta!

Cuma ironinya pada penerima dan pemakan dedak pembangkang seperti Mahzir. Saya ingin bertanya. Apa cerita derma RM1.5billion yang diterima oleh dewa Mahzir? Kenapa Mahzir tidak berbunyi soal itu? Takut dipecat? Takut tidak lagi jadi Pengarah pembodekan DAP Johor?

Seterusnya isu pembaziran yang terang lagi bersuluh iaitu penyalahgunaan wang dan dana rakyat sebanyak RM6.34billion untuk terowong yang langsung tidak wujud!

Adakah kamu tidak membaca, Mahzir? Mana mungkin sesebuah kajian itu menghabiskan duit rakyat sebanyak RM 305 juta? Jika dijalankan oleh USM atau mana-mana universiti di Malaysia ini pun tidak akan sampai sebanyak itu harganya untuk kajian terowong.

Tahukah Mahzir berapa banyaknya RM305 juta? Apa yang boleh dilakukan sebanyak itu? Boleh bayar hutang PTPTN anak-anak Melayu Pulau Pinang, tahu tak?

Itulah makan dedak pembangkang lagi. Inilah jadinya! Ini bagi saya teramat jelas dan saya tidak hairanlah dewa Mahzir iaitu Lim Kit Siang sudah lari dari Gelang Patah dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam terowong yang tidak akan kelihatan oleh sesiapa pun.

Adakah kamu baca akhbar United Kingdom (ya Mahzir, bukan Ulu Kelang), menjatuhkan hukuman terhadap dewi Mahzir sendiri iaitu Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report kerana mendakwa Datuk Seri Najib dan mahkamah serta perundangan Malaysia “corrupt”.

Adakah Mahzir dan dewaan peliharanya akan berkata mahkamah di UK itu pro-Najib? Adakah mereka akan berkata hakim-hakim di mahkamah UK turut makan dedak BN?

Saya sebenarnya teramat kesian dengan manusia yang bernama Mahzir ini. Akibat terlalu banyak makan dedak pembangkang maka otak beliau sudah terjangkit virus sehinggakan dia gagal melihat sendiri apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang gagal. Gagal dari segala sudut. Pelaburan merudum. Isu-isu tempatan seperti banjir, perumahan, pendidikan, ekonomi, pengurusan kewangan dan banyak lagi telah menunjukan kerajaan DAP sejak memerintah Pulau Pinang berada di dalam keadaan yang tenat. Ini bukan cerita rekaan semata-mata.

Contohnya, hendak menginap di hotel pun dikenakan cukai katil. Sebabnya? Mahzir sepatutnya boleh jawab. Air pula sudah hampir melebihi 200% kenaikkan cajnya. Sebabnya? Nak didik rakyat Pulau Pinang cara berjimat! Wahai Lim, bukankah di rumah kamu ada kolam renang? Terkini, rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khasnya tertipu apabila anugerah antarabangsa warisan dunia di Pulau Pinang turut dibeli oleh Lim!

Itu belum dibongkarkan lagi segala penyelewengan wang dan hasil kutipan kerajaan negeri seperti wang kutipan hasil MPSP sebanyak RM61.19 juta?

Saya rasa orang Cina pun malu untuk mengaku bangsa kerana Lim sudah banyak menipu. Shame on you Lim dan malu yang teramat pada Mahzir sebab ditipu buat-bulat dan hidup-hidup hanyasanya ingin memporak perandakan talian silaturahim bangsa Melayu.

Kepada rakyat bangsa Johorku, jadikanlah manusia yang bernama Mahzir ini sebagai ingatan dan tauladan betapa hinanya bangsa Melayu apabila diberi dedak oleh pembangkang.

Yang paling saya hairan lagi berasa ajaib adalah, juak-juak DAP termasuk Mahzir dengan pemakan-pemakan dedak dari PKR, PAN dan terkini Abg Midin boleh percaya dengan janji DAP bahawa Johor akan tumbang pada pilihanraya akan datang.

Mahzir, saya nak bagi sikit analogi. Kalau DAP itu kuat, kenapa jeneralnya lari berpindah ke Pulau Pinang? Jawapannya sebab dewa Lim, pujaan Mahzir dah tahu bahawa rakyat Johor khasnya masyarakat Gelang Patah dah tertipu olehnya.

Lim Kit Siang tak ada pun membantu dan menjalankan amanah serta tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah. Di Parlimen pun asyik bawa cerita 1MDB dan tiada satu pun pembangunan yang dewa Lim buat selaku wakil rakyat Gelang Patah.

Sehabis baikpun, bagi kurma pada bulan Ramadan. Sambutan Tahun Baru Cina pun Lim tidak sambut dengan rakyat Gelang Patah. Tidak seperti kami dari UMNO/BN.

Bayangkan, jika negara yang sedang menghadapi peperangan dengan musuh, secara tiba-tiba ketua atau jeneral perang lari meninggalkan negara dan membiarkan anak buahnya ataupun soldadunya berperang tanpa jeneral bersama?

Agak-agak Mahzir apa perasaan soldadu tersebut? Memanglah Mahzir tidak akan ada perasaan sebab Mahzir dah termakan dedak. Mungkin juga Mahzir akan biarkan musuh masuk dan membunuh soldadu tersebut? Tidak kah begitu Mahzir?

Malulah Mahzir, kami dalam Umno/Bn pun walaupun ditolak oleh pengundi, kami tetap bersama dan berada di kawasan Parlimen ataupun Dun yang kami tandingi. Dato Mustapha Mohamed, Dato Awang Adek Hussin, Raja Nong Chik, hatta YAB Datuk Seri Najib sendiri (walaupun pernah hampir-hampir tewas pada tahun 2004).

Tetapi Lim Kit Siang, walaupun menang megah di Gelang Patah pada PRU lalu boleh lari dari medan pertempuran? Adakah menang sebab bawa pengundi hantu dan pocong?

Pada hemat saya, Mahzir eloklah pergi bantu anak bangsa Mahzir yang ditindas di Pulau Pinang dan Selangor. Mohon Mahzir buka mata bahawa ramai anak sebangsa dengan dia telah dihalau oleh Lim Guan Eng dari Penang.

Anak-anak Melayu yang menuntut di Selangor, yang membuat pinjaman pelajaran di Unisel pun sedang merintih kerana tidak mampu nak bayar hutang pelajaran mereka. Itupun ada hati DAP dan PKR nak bubuh dalam manifesto mereka, konon hendak menyediakan pendidikan percuma.

Buat lah dulu dalam negeri. Kalau dalam negeri pun tol masih tak boleh nak hapuskan, pinjaman pendidikan pun masih tidak mampu nak luputkan, usahlah nak jadi ayam jagoan tetapi masih makan dedak pembangkang.

Seingat saya sejak UMNO/BN memerintah Malaysia dan negeri, belum lagi pernah kami menghalau penduduk samada Melayu, Cina ataupun India keluar dari kampung halaman mereka.

Tetapi DAP di Penang telah dan sedang melakukannya. Saya cabar Mahzir untuk bersuara sebagai anak bangsa Melayu yang ingin memperjuangkan hak dan kepentingan bangsanya sendiri.

Jika tidak ada keberanian, duduk sahaja diam-diam dan buat kajian mendalam tentang terowong. Manalah tahu kot-kot dapat tambahan ilham dan dedak?

Buat rakyat dan bangsa Johor, ya, saya akui bahawa kepimpinan kerajaan UMNO/BN di Johor bukan sebuah kerajaan yang “perfect”.

Kami mengakuinya. Namun kami terus berusaha membangunkan Johor sebagai sebuah negeri maju seiring dengan kemajuan negara jiran yang berdekatan.

Kekuatan kerajaan negeri sekarang adalah kekuatan muafakat di antara kita bangsa Johor. Satu bangsa.

Pelaburan serta peningkatan ekonomi jauh lebih baik dari sebelumnya.

InsyaAllah, Johor akan menjadi negeri yang lebih maju dari Pulau Pinang dalam beberapa tahun yang mendatang.

Marilah kita bersama-sama mempertahankan kepimpinan yang sedia ada dan terus menerus menolak segala anasir jahat dan subversif yang dibawa manusia-manusia durjana seperti Mahzir, Liew, Salahuddin dan rakan-rakan mereka yang hanya mahukan kuasa atas nama menyelamatkan Malaysia tanpa mereka sendiri turun memberikan bantuan idea-idea bernas dalam pembangunan negeri Johor yang kita sayangi.

Pilihanraya akan datang, kita terus tolak DAP, PKR, PAN dan PPBM dan kita bersama bermuafakat membangunkan negeri ini bersama-sama. Jangan terpengaruh dengan janji-janji dan slogan “Ini Kali lah” dan “Ubah” kerana kita sudah melihat sendiri apa yang terjadi di negeri-negeri seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

Rakyat di kedua-dua negeri tersebut sudah mulai sedar akan penipuan demi penipuan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negeri tersebut.

Mari kita bersama-sama bertekad, bermuafakat dan berdiri teguh di belakang YAB Dato Khaled Nordin selaku Menteri Besar kita dan kita terus bernaung dibawah naungan payung kebijaksanaan Sultan kita, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Kita bersatu, kita bersama, kita bermuafakat dan kita kekalkan BN sebagai parti yang akan memimpin negeri ini ke arah negeri yang lebih cemerlang, maju dan berdaya saing.

ALLAH SELAMATKAN SULTAN.
ALLAH BERKATI NEGERI JOHOR.
ALLAH PELIHARA MENTERI BESAR JOHOR.

Azman Jaafar
Ketua Pemuda
Umno Bahagian Pasir Gudang

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.