Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Kit Siang saran moratorium susulan pengunduran Anwar

Lim berkata tindakan itu adalah untuk mengelakkan sebarang kenyataan negatif dan taklimat tertutup yang boleh dieksploitasi untuk menjejaskan Pakatan Harapan. Lim berkata tindakan itu adalah untuk mengelakkan sebarang kenyataan negatif dan taklimat tertutup yang boleh dieksploitasi untuk menjejaskan Pakatan Harapan.

Selepas kenyataan Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik dirinya sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan menimbulkan pelbagai reaksi, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyarankan moratorium sebulan dilaksanakan oleh pemimpin pembangkang.

Lim berkata tindakan itu adalah untuk mengelakkan sebarang kenyataan negatif dan taklimat tertutup yang boleh dieksploitasi untuk menjejaskan Pakatan Harapan.

Beliau mengakui bahawa dalam beberapa bulan lalu, terdapat terlalu banyak berita dan laporan negatif tentang mereka.

"Pandangan yang keras, perbahasan dan perbezaan dalam Pakatan Harapan dan kalangan pemimpin HARAAPN mesti diteruskan, tetapi hanya secara tertutup, kerana kita tidak boleh memberi peluru kepada jentera propaganda Umno dan BN serta askar siber mereka untuk terus merekayasa berita dan maklumat palsumengenai Pakatan Harapan.

"Untuk bulan-bulan akan datang, pastikan pandangan keras, perbahasan, dan perbezaan dalam Pakatan Harapan diteruskan secara tertutup dalam majlis Pakatan Harapan dan disalurkan untuk membina konsensus dan perpaduan Pakatan Harapan - jauh daripada silau publisiti media yang bermusuhan."

Lim berkata parti-parti Pakatan Harapan dan pemimpin mereka perlu memaparkan imej positif untuk membina pakatan yang bersatu dan padu serta menumpukan isu-isu yang membimbangkan rakyat Malaysia, seperti 1MDB dan FGV. -Malaysiakini

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.