Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tiada ruang untuk DAP dan Amanah, kata PAS

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian namun parti itu sedia membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti lain selain dua parti tersebut. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian namun parti itu sedia membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti lain selain dua parti tersebut.

PAS sesekali tidak akan bekerjasama dengan DAP dan juga Parti Amanah Negara (Amanah) yang disifatkan parti itu sebagai pengkhianat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian namun parti itu sedia membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti lain selain dua parti tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Pribumi BErsatu (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan sedang mengintai kerusi berpotensi milik pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menjelaskan pendirian PAS terhadap DAP dan Amanah, Mohd Amar berkata:"Pendirian ini jelas kerana DAP telah jelaskan sikapnya yang anti PAS dan terbaharu jawatankuasa pemudanya juga menyatakan kalau ingin berkawan dengan DAP jangan cakap pasal Islam.

"Mana boleh PAS sebagai parti Islam berbuat demikian...takkan kita nak korbankan perjuangan parti kita. Amanah pula sudah jelas adalah pengkhianat kepada parti (PAS)...kalau (parti) yang lain boleh dibincangkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ke-18 di Balai Islam, Lundang Kota Baru, pada Selasa.

Kenyataan Mohd Amar itu sebagai mengulas kenyataan Presiden penaja BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berhasrat mengadakan rundingan pembahagian kerusi pembangkang, sebaik pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

Mohd Amar berkata setakat ini tiada sebarang rundingan rasmi diadakan antara PAS dan BERSATU berhubung perkara berkenaan.

"Lagi pun perkara ini perlu dibincang di peringkat parti. Kita kena rujuk kepada jawatankuasa PAS pusat," katanya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.