Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Kerajaan akan bantu Selangor ambil alih Splash - Ongkili

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Azmin tidak mempunyai tulang belakang untuk berbuat demikian. Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Azmin tidak mempunyai tulang belakang untuk berbuat demikian.

Kerajaan persekutuan akan membantu kerajaan Selangor mengambil alih syarikat konsesi Air, Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menetapkan harga belian.

Namun, Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Azmin tidak mempunyai tulang belakang untuk berbuat demikian.

"(Azmin) ini tidak ada tulang belakang untuk berani letakkan harga (mengambil alih Splash).

"Kamu sebutkan harga, dan esok kita boleh duduk dan lihat berapa banyak kerajaan persekutuan boleh bantu (dari segi kewangan). Jika tidak, kamu buat rakyat menderita dengan catuan dan pemotongan air ini," kata Maximus kepada Dewan Rakyat hari ini.

Splash adalah pemegang konsesi air yang masih belum dapat diambil alih oleh kerajaan Selangor sebagai sebahagian daripada penyusunan semula perkhidmatan air di negeri itu.

Syarikat konsesi itu meminta RM2.8 bilion untuk melepaskan pegangannya kepada kerajaan negeri.

Kerja-kerja pemulihan di loji rawatan air yang dikendalikan oleh Splash minggu lepas menyebabkan gangguan bekalan air hampir seminggu di Lembah Klang.

Azmin, yang merupakan anggota Parlimen Gombak, tidak berada dalam dewan apabila Maximus berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak-bebas) semasa sesi soal jawab kementerian hari ini.

Khalid ingin tahu sama ada kerajaan persekutuan akan menggunakan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air untuk mengambil alih Splash.

Ongkili berkata perkara itu boleh dilakukan demi kepentingan keselamatan negara dan jika keadaan tidak bertambah baik, kerajaan akan mempertimbangkannya.

Beliau juga memuji Khalid yang telah memulakan pengambilalihan industri air Selangor pada awal 2014 apabila menjadi menteri besar.

Menteri itu berkata Azmin, yang mengambil alih pentadbiran Selangor pada tahun 2014 harus mengikut jejak langkah Khalid. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.