Kenapa tukar nama SMK St Thomas?
- Written by Smasa News
- Published in Media Tamil
- 0 comments
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh meminta kementerian pendidikan untuk mengesahkan jika nama sekolah-sekolah rendah dan menengah St Thomas yang bersejarah di Kuantan akan diubah seperti yang diumumkan oleh Exco kerajaan negeri Pahang.
Beliau berkata, menghapus nama asli akan membuat sekolah itu hilang dentitinya
"Nama St Thomas boleh dianggap tidak sesuai lagi, sebagaimana yang didakwa oleh Norol Azali Sulaiman. Saya tidak menemui apa-apa yang salah dengan nama sekolah baru yang dicadangkan tetapi saya tidak dapat memahami mengapa nama asalnya tidak lagi sesuai," katanya.
The Star melaporkan bahawa sekolah itu akan diberikan nama Mahkota Abdullah selepas ia dipindah ke bangunan baru.
Katanya, pasti bekas pelajar sekolah itu juga tidak dapat menerima perkara ini. -TAMIL MALAR