Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Letakkan pegawai boleh bertutur Tamil di JPN

Beliau berkata, kecuaian JPN menyebabkan masyarakat India yang tidak mempunyai kerakyatan, takut untuk memohon kewarganegaraan. Beliau berkata, kecuaian JPN menyebabkan masyarakat India yang tidak mempunyai kerakyatan, takut untuk memohon kewarganegaraan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramsamy mencadangkan supaya lebih ramai pegawai yang boleh bertutur Bahasa Tamil perlu diletakkan di Jabatan Pendaftaran Negara dalam usaha menyelesaikan masalah kerakyatan yang dihadapi kaum India di negara ini.

Beliau berkata, kecuaian JPN menyebabkan masyarakat India yang tidak mempunyai kerakyatan, takut untuk memohon kewarganegaraan.

"Sebanyak 90 peratus pegawai yang bekerja di JPN adalah orang Melayu, sebab itu tiada yang memberi perhatian dalam isu kerakyatan masyatakat India.

"Oleh itu, saya meminta Barisan Nasional supaya bertindak rasional dengan memahami situasi orang India," kata beliau.

Sementara itu, Anggota Patlimen Padang Serai N.Surendran pula berkata Kementerian Dalam Negeri perlu menyelesaikan masalah kerakyatan yang dihadapi masyarakat India di negara ini.

"Dalam isu ini, JPN dan KDN perlu bertanggungjawab," katanya. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.