Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

BR1M 2018 boleh dimohon mulai hari ini

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, permohonan dan kemas kini maklumat itu dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, permohonan dan kemas kini maklumat itu dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Dis ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, permohonan dan kemas kini maklumat itu dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.

Kementerian itu berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018

Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi 1-800-88-2716 atau email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. -Makkal Osai 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.