Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Isu cawan di sekolah, MB Perak kecam

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian dan berharap perkara seumpama tidak berlaku di Perak. Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian dan berharap perkara seumpama tidak berlaku di Perak.

Menteri Besar Perak menyifatkan dasar sebuah sekolah yang mengasingkan cawan pelajar Islam dan bukan Islam sebagai mendukacitakan dan tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian dan berharap perkara seumpama tidak berlaku di Perak.

"Ini seolah-olah kita nak menggambarkan bahawa Islam keras dan tidak bertoleransi langsung sedangkan Islam adalah agama sifatnya kesejahteraan kepada semua.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Perak dan saya tidak suka ada pihak yang cuba memisahkan kehidupan kita iaitu kehidupan bernegara," katanya dalam sidang media pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Elemen @Seri Manjung di Kampung Datuk Seri Kamarudin, di sini. -Makkal Osai

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.