Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Tiada laporan ke atas Mahathir -SPRM

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki berkata, siasatan tidak akan dilakukan selagi pihaknya tiada menerima laporan berhubung dakwaan itu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki berkata, siasatan tidak akan dilakukan selagi pihaknya tiada menerima laporan berhubung dakwaan itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh membuat sebarang siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu aset berlebihan yang didakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki berkata, siasatan tidak akan dilakukan selagi pihaknya tiada menerima laporan berhubung dakwaan itu.

"Kita tidak boleh menyiasat kes rasuah tanpa laporan rasmi mengenainya," katanya yang mengulas dakwaan dan pendedahan yang menyerang sesama dua pemimpin itu, berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki mereka.

Zahid sebelum ini berkata, beliau sanggup disiasat oleh SPRM berhubung wang yang dimilikinya bernilai RM230 juta, didakwa ketika beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO pada akhir 1990-an dengan syarat suruhanjaya itu juga perlu menyiasat Dr Mahathir. -Makkal Osai

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.