Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Syarikat Mokhzani Mahathir diserbu LHDN

Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Dr Mahathir. Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Dr Mahathir.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam menyerbu sebuah syarikat milik anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.

Baimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat menurut laporan Malaysiakini, ketika serbuan berkenaan

Sumber memberitahu, adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.

Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Dr Mahathir.

Dr Mahathir mendakwa sejak tahun lalu rakan-rakan dan keluarganya menjadi sasaran LHDN kerana perbalahannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -Tamil Malar

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.