Dikemaskini 9:07 AM, 19 Aug, 2017
A+ A A-

Adun Hutan Melintang mogok lapar depan pejabat SPR

Kesavan mendakwa lebih 3,000 pengundi bukan berasal dari Dun Hutan Melintang tetapi mereka didaftarkan di kawasannya dengan bantuan sekumpulan orang. Kesavan mendakwa lebih 3,000 pengundi bukan berasal dari Dun Hutan Melintang tetapi mereka didaftarkan di kawasannya dengan bantuan sekumpulan orang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang S Kesavan mendakwa bahawa sebanyak 40 laporan polis dibuat namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Tetapi apabila saya meneruskan tindakan untuk bermogok lapar, pihak polis menjadi halangan kepada saya dengan menahan saya.

"Mereka mengambil keterangan daripada saya tetapai tidak menyiasat 40 laporan itu. Ia tidak adil," dakwa Kesavan.

Kesavan mendakwa lebih 3,000 pengundi bukan berasal dari Dun Hutan Melintang tetapi mereka didaftarkan di kawasannya dengan bantuan sekumpulan orang.

"Pihak polis sepatutnya perlu menyiasat siapa di sebalik isu ini dan bukan menganggu saya. Sebagai ADUN, saya mempunyai hak dan pada Khamis depan saya akan mogok lapar di hadapan perkarangan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Putrajaya, selama 48 jam.

"Saya tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan mogok lapar berikutan pihak kerajaan enggan mahu bekerjasama dalam perkara ini,"katanya. - MAKKAL OSAI

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.