Dikemaskini 8:18 AM, 23 Jun, 2017
A+ A A-

BN Selangor perlu 'pengundi tua' untuk kembali berkuasa

Beliau berkata, Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor akan turut membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Beliau berkata, Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor akan turut membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, Barisan Nasional (BN) perlu memfokuskan kepada pengundi berusia 50 tahun ke atas di Selangor bagi merampas semula negeri itu.

Beliau berkata, Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor akan turut membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, Mubarak Selangor menubuhkan jentera di peringkat negeri iaitu Majlis Permuafakatan Parlimen yang turut mendapat kerjasama 15 badan bukan kerajaan (NGO).

"Melalui majlis ini ada wakil-wakil Mubarak Selangor dan NGO yang akan dipertanggungjawabkan untuk bantu jentera BN di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen masing-masing.

"Sasaran kami kepada pengundi berusia lebih 50 tahun berikutan mereka mewakili kira-kira 30% daripada bilangan pengundi di Selangor," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 17 balu dan wakil bekas wakil rakyat Selangor yang meninggal dunia.

Katanya, gerak kerja jentera itu akan memberi tumpuan kepada 43 daripada 56 kawasan DUN dan 13 daripada 22 kawasan Parlimen di negeri itu.

Pada PRU13, BN memenangi 12 kerusi DUN dan 5 kerusi Parlimen di Selangor. Beliau yakin BN mampu merampas semula Selangor berdasarkan perkembangan politik terkini di Selangor yang membabitkan PKR, DAP dan PAS. -Tamil Malar

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.