Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Kontrakor India Johor terima kontrak bernilai RM10.1 juta

 Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata tawaran itu diberikan setelah menerima permohonan daripada MIC Johor supaya sejumlah kontrak diberikan penyertaan kepada kontraktor India berkelayakan dari negeri itu. Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata tawaran itu diberikan setelah menerima permohonan daripada MIC Johor supaya sejumlah kontrak diberikan penyertaan kepada kontraktor India berkelayakan dari negeri itu.

Kontraktor India di Johor menerima kontrak bernilai RM10.1 juta daripada kerajaan negeri Johor semalam.

Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata tawaran itu diberikan setelah menerima permohonan daripada MIC Johor supaya sejumlah kontrak diberikan penyertaan kepada kontraktor India berkelayakan dari negeri itu.

Persatuan Kontraktor India di negeri itu yang diketuai oleh Subbayah Solaimuthu telah mengadakan satu perjumpaan khas bagi membincangkan mengenai perkara itu bersama exco negeri terbabit.

Dalam perjumpaan itu, exco berkenaan memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan kontrak bernilai RM10.1 juta kepada kontraktor kecil India di negeri Johor.

Peluang itu diperolehi setelah kerajaan negeri berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan kontraktor India di negeri itu sebelum ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM4.3 juta ialah untuk kontrak pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman kampung dan selebihnya untuk pembinaan jalan raya utama menerusi JKR.

MIC telah mengusahakan supaya 10 peratus kontrak dapat disediakan untuk kontraktor berkelayakan dari masyarakat India.

Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inopvasi Negeri Johor Datuk M. Asogan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan peruntukan untuk Felda dan beliau berjanji untuk memastikan 10 peratus daripadanya diberikan penyertaan untuk India. - Tamil Nesan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.