Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Cukai pelancongan dikena ekoran kerajaan tiada dana

Beliau berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia. Beliau berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengakui cukai pelancongan perlu dilaksanakan kerana kementeriannya tidak mencukupi dana.

Beliau berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.

"Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 mendapat peruntukan besar, tetapi ia dikurangkan pada 2015 dan 2016.

"Ia bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara.

"Jadi, kita perlu fikirkan satu kaedah mencari wang dan ia perlu menjadi sumber kewangan berterusan, oleh itu kami memperkenalkan cukai pelancongan," katanya kepada pemberita pada program Jom Iftar@KL di Dataran Merdeka di sini.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada April lalu untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Nazri berkata, cukai pelancongan boleh memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta, jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini.

Beliau berkata, cukai itu akan dikuatkuasakan pada 1 Julai ini di semua hotel dan rumah penginapan berdaftar dengan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 dikenakan bagi penginapan semalaman.

"Kutipan cukai pelancongan bukan perkara baru, kerana Thailand, Singapura dan Indonesia sudah lama melaksanakannya, apatah lagi kos sara hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia.

"Saya juga hairan kenapa ramai yang membantah cadangan ini sedangkan Pulau Pinang dan Melaka ketika mengutip cukai itu tiada orang mempertikaikannya," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu

Katanya, cukai pelancongan itu masih dalam peringkat persediaan mekanisme, oleh itu pelaksanaannya mungkin ditangguhkan sehingga Ogos atau September, jika tidak sempat disiapkan menjelang bulan depan.

Beliau berharap mekanisme kutipan cukai pelancongan akan diselaraskan di semua negeri dan hasilnya dapat dibahagikan kepada setiap negeri untuk mempromosikan industri pelancongan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut menafikan keputusan kerajaan memperkenalkan cukai pelancongan akan menjejaskan peluang BN memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pujut.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Pujut diadakan pada 4 Julai dan penamaan calon pada 20 Jun ini. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.