Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Adakan pemilihan semula atau tidak

Jika DAP bertegas untuk berlawan dengan musuhnya, mencabar keputusan ROS yang memutuskan CEC DAP adalah tidak sah dan terus mempertahankan pendaftaran parti adalah tugas pertama yang perlu dilakukan oleh parti berkenaan. Jika DAP bertegas untuk berlawan dengan musuhnya, mencabar keputusan ROS yang memutuskan CEC DAP adalah tidak sah dan terus mempertahankan pendaftaran parti adalah tugas pertama yang perlu dilakukan oleh parti berkenaan.

Kontroversi pemilihan semula DAP semakin hari semakin serius, pemimpin-pemimpin heavyweight BN masing-masing tampil membuat kritikan menggesa DAP tidak perlu untuk “melindungi” kesalahan dan menerima sahaja arahan untuk pemilihan semula.

Jika tidak mungkin seperti apa yang dikatakan oleh TPM Ahmad Zahid bahawa DAP tidak dapat bertanding menggunakan lambang “roket” pada PRU akan datang.

Adakah kontroversi pemilihan semula ini adalah kesilapan teknikal atau berkaitan dengan politik? Ada orang mendedahkan bahawa PM Najib merangkap Presiden UMNO adalah dalang dalam isu penggantungan pendaftaran DAP.

Maka tidak hairanlah mengapa Setiausaha Akhbar PM mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada Liew Chin Tong berhubung perkara tersebut. Ada juga hujah lain mengatakan bahawa UMNO hanya mahu mempermainkan DAP dan bukannya mahu terus melenyapkan parti itu.

DPM Ahmad Zahid sebenarnya tidak bersetuju mengenai penggantungan pendaftaran dan kerana itulah muncul semula permintaan untuk mengadakan “pemilihan semula”. Nampaknya isu mengadakan pemilihan semula atau tidak bukan lagi semudah “mahu atau tidak mahu”.

Di dalamnya ada peraduan kuasa dan strategi di kalangan UMNO, tambahan pula keputusan terletak di tangan mereka yang berkuasa. Maka jika DAP segera menerima untuk pemilihan semula, pasti sukar untuk berdepan dengan reaksi penyokong malah menyerlahkan kelemahan parti itu dalam permainan politik.

Jika DAP bertegas untuk berlawan dengan musuhnya, mencabar keputusan ROS yang memutuskan CEC DAP adalah tidak sah dan terus mempertahankan pendaftaran parti adalah tugas pertama yang perlu dilakukan oleh parti berkenaan.

Namun begitu, selepas pemilihan semula dan sekali lagi keputusan tidak diiktiraf maka DAP perlu menanggung risiko yang lebih besar. Oleh demikian, pemilihan semula belum tentu dapat menyelesaikan masalah kerana ia sudah bersangkut paut dengan politik dan perlu ditangani dengan cara politik juga.

Sebenarnya sejak PRU12 dan PRU13, DAP sudah menjadi parti pembangkang yang terbesar kerana kerusi yang dimiliki parti itu menghampiri UMNO. Sekiranya menggantungkan pendaftaran parti itu dengan serta-merta, pasti akan menggemparkan negara malah membangkitkan sentimen penyokong.

Oleh demikian strategi menggantung pendaftaran DAP adalah langkah yang sangat merbahaya kerana BN akhirnya belum tentu akan mendapat keuntungan. – Kwong Wah Yit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.