Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Kenapa perlu 4 tahun untuk buat keputusan?

ROS mengambil masa selama empat tahun untuk menilai kes ini. Perkara ini bukan sahaja mengundang kekeliruan, motif tindakan mereka juga adalah sukar juga untuk ditafsirkan. ROS mengambil masa selama empat tahun untuk menilai kes ini. Perkara ini bukan sahaja mengundang kekeliruan, motif tindakan mereka juga adalah sukar juga untuk ditafsirkan.

PRU akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, DAP secara tiba-tiba diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula CEC, rasa seakan hendak menghantukkan kepala ke dinding. Ini adalah ‘kesalahan’ yang telah dilakukan pada empat tahun lepas.

ROS mengambil masa selama empat tahun untuk menilai kes ini. Perkara ini bukan sahaja mengundang kekeliruan, motif tindakan mereka juga adalah sukar juga untuk ditafsirkan.

Sebagai sebuah agensi awam yang melaksanakan tugas undang-undang, perlu berpegang kepada sentimen pekerjaan yang paling asas iaitu bersifat adil, dan pada masa yang sama tidak boleh mempunyai agenda politik.

Oleh itu, mengenai isu pemilihan semula DAP ini, ROS mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan dengan jelas mengapa isu ini ditimbulkan semula selepas empat tahun? Kesilapan teknikal yang dilakukan oleh sesebuah parti dalam pemilihan CEC memerlukan tempoh sehingga empat tahun untuk keputusan dilakukan?

Terdapat kesilapan teknikal pada pemilihan CEC DAP tahun 2012 dan ROS telah mengeluarkan arahan supaya pemilihan semula dilakukan. DAP mengikut arahan yang dikeluarkan oleh ROS dengan melakukan pemilihan semula pada tahun 2013 dan perkara ini telah dikemukakan kepada ROS. Tetapi tiba-tiba pula kenyataan dikeluarkan mengatakan keputusan tersebut tidak diiktiraf.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Ada agenda lainkah di sebalik "keputusan tidak mendapat pengiktirafan"?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh ROS supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC, dari sudut pandangan yang lain adakah DAP telah menjadi sebuah parti politik yang tidak sah? Pada masa yang sama juga, parti menguasai negeri Pulau Pinang, adakah bermaksud kerajaan negeri yang tidak sah?

Bagaimana pula dengan ‘Kerajaan PH’ di negeri Selangor? Nampaknya arahan pemilihan semula ini seolah-olah ingin menimbulkan keadaan kucar kacir! – Nanyang Siang Pau

Last modified onSelasa, 11 Julai 2017 15:07

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.