Dikemaskini 9:07 AM, 19 Aug, 2017
A+ A A-

Doktor perlu menduduki semula SPM

Kita perlu berhadapan dengan realiti, adalah dengan mengusai BM sepenuhnya akan membuatkan negara kita akan lebih berkembang dan berkuasa? Kita perlu berhadapan dengan realiti, adalah dengan mengusai BM sepenuhnya akan membuatkan negara kita akan lebih berkembang dan berkuasa?

Doktor perlu mendapatkan semula buku teks sekolah menengah, berusaha keras untuk belajar Bahasa Malaysia (BM) dan lulus dalam SPM, perkara ini melucukan atau tidak?

Bahasa diakui adalah sangat penting, terutamanya jika anda adalah seorang ahli politik, pemidato ataupun seorang kerani. Walau bagaimanapun, dapat mempelajari bahasa dengan baik tidak bermakna seseorang itu fasih berbahasa manakala yang fasih berbahasa tidak semestinya adalah seorang yang berwibawa.

Adalah menjadi satu jenaka apabila seorang doktor perlu lulus BM peringkat SPM untuk melengkapkan latihan siswazah dengan kompeten sebelum menjadi seorang pegawai perubatan yang bertauliah.

Jenaka pertama adalah kelemahan yang serius dari segi keupayaan berkomunikasi antara Kabinet dan pihak luar dalam menyampaikan apa-apa maklumat. Jenaka kedua adalah "Kabinet sebulat suara membuat keputusan", tetapi menurut Liow Tiong Lai pula "Kabinet langsung tidak pernah membincangkan". Jenaka ketiga adalah keputusan Kabinet kelihatan pelik apabila BM peringkat O Level juga tidak diiktiraf?

Sebagai rakyat Malaysia, tiada menjadi masalah dalam mempelajari BM, lulus dalam setiap subjek juga adalah satu tanggungjawab bagi setiap pelajar. Tetapi perkara yang telah diiktiraf sebelum ini tiba-tiba sahaja ditarik balik, apa motif sebenarnya keputusan yang telah dibuat oleh Kabinet ini?

Kita perlu berhadapan dengan realiti, adalah dengan mengusai BM sepenuhnya akan membuatkan negara kita akan lebih berkembang dan berkuasa?

Dengan meletakkan BM sebagai perkara pertama dalam negara, tidak bermakna bahasa-bahasa lain harus dipinggirkan. Kerajaan perlu memberi sebab yang lebih baik dalam menggalakkan rakyat untuk menguasai BM dengan lebih baik.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memperkasakan BM sebagai bahasa rasmi.
 Kabinet negara ini, sebelum ini masih tidak tahu membuat keputusan yang mana baik atau buruk. Tetapi apa yang dapat dipastikan adalah setiap seorang daripada mereka telah mengambil peperiksaan SPM, dan BM mereka juga semuanya pasti cemerlang! - Nanyang Siang Pau

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.