Dikemaskini 3:27 AM, 23 Oct, 2017
A+ A A-

PH, siapa raja?

Pada mulanya, PPBM ingin berkuasa di dalam PH. Tetapi, pada konvensyen PKR baru-baru ini pemimpin-pemimpin PH telah mengangkat sepanduk ‘Anwar PM ke-7’. Pada mulanya, PPBM ingin berkuasa di dalam PH. Tetapi, pada konvensyen PKR baru-baru ini pemimpin-pemimpin PH telah mengangkat sepanduk ‘Anwar PM ke-7’.

Sebelum PH melakukan pendaftaran rasmi, pemegang jawatan tertinggi perlu ditetapkan. Pengerusi PKR Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara ini akan dimuktamadkan dalam tempoh seminggu.

Pada mulanya, PPBM ingin berkuasa di dalam PH. Tetapi, pada konvensyen PKR baru-baru ini pemimpin-pemimpin PH telah mengangkat sepanduk ‘Anwar PM ke-7’. Di tambah lagi dengan kenyataan Anwar yang lantang berkata calon PM bukan diputuskan oleh Mahathir seorang, harapan PPBM ingin berkuasa di dalam PH mungkin mengalami kegagalan.

Apa yang dapat dilihat sekarang adalah perebutan kuasa yang berlaku di antara PPBM dan PKR. Lebih tepat lagi adalah di antara Mahathir dan Anwar. Namun, seorang di dalam penjara dan seorang berumur hampir 92 tahun di mana kedua-dua tidak sesuai untuk menerajui PH. Selebihnya adalah Azizah dan Azmin dari PKR serta Mukhriz dan Muhyiddin dari PPBM.

Sebaliknya di antara keempat-empat ini, Muhyiddin yang pernah menjawat jawatan TPM adalah yang paling layak menjadi PM. Tetapi, apabila bercakap mengenai kuasa, hasilnya sering di luar jangkaan.

Tiga tahun lalu Langkah Kajang mengalami kegagalan, percaturan Anwar untuk menjadikan Azizah sebagai MB Selangor tidak berjaya. Adakah Azmin raja yang sebenar?

Jika Azmin adalah calon terbaik untuk menjadi ketua PH, calon untuk orang kedua terbesar adalah Mukhriz. Dengan cara ini, anak kesayangan akan ada masa depan yang cerah. Mahathir berasa lega dan ahli-ahli PH juga akan merasa aman. – Nanyang Siang Pau

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.