Dikemaskini 3:27 AM, 23 Oct, 2017
A+ A A-

PRU: BN tidak boleh pandang ringan

BN perlu berhati-hati dalam isu melibatkan rasuah. Kerajaan di bawah pimpinan Abdullah hanya dalam tempoh empat tahun telah mengalami Tsunami Politik dan menyebabkan Kerajaan hilang majoriti dua per tiga. BN perlu berhati-hati dalam isu melibatkan rasuah. Kerajaan di bawah pimpinan Abdullah hanya dalam tempoh empat tahun telah mengalami Tsunami Politik dan menyebabkan Kerajaan hilang majoriti dua per tiga.

Pengerusi PPBM Tun Mahathir mengakui bahawa beliau berkemungkinan akan mempertimbangkan kembali menjadi PM semula sekiranya itu yang dimahukan oleh kepemimpinan PH, seandainya PH berjaya menawan Putrajaya.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika sesi soal jawab yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook beliau.

Tun Mahathir secara terbuka pada September tahun lalu menyatakan bahawa jika pakatan pembangkang berjaya melakukan perubahan pemerintahan, bekas TPM yang juga Presiden PPBM Muhyiddin mungkin akan menjadi PM.

Kata-kata itu masih terngiang di dalam telinga. Tun Mahathir bukan sahaja telah mengubah niat asal beliau, tetapi juga telah mencadangkan diri sebagai PM. Terdapat perkara yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang luar.

Kuasa pakatan pembangkang semakin lemah, pengaruh yang diberikan oleh PAS tidak boleh dipandang ringan di dalam PH. Semenjak PPBM menyertai PH, pergolakan mula berlaku di dalam pakatan tersebut. Terdapat gambaran bahawa tidak menjadi masalah bagi BN untuk mengaut keuntungan besar dalam PRU ke 14 akan datang ini.

Namun, jika BN terlampau memikirkan kemenangan hingga memandang ringan sesetengah perkara, kesannya tidak dapat dibayangkan.

Pada PRU tahun 1999 PAS, DAP dan PKR telah membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif. Di bawah laungan ‘penubuhan sebuah negara Islam’, PAS berjaya memperoleh 27 buah kerusi Parlimen.

Mereka berjaya meneruskan pemerintahan di negeri Kelantan dan memenangi negeri Terengganu, ini adalah pencapaian terbaik PAS dalam PRU setakat ini.

DAP pula mengalami kekalahan yang teruk disebabkan oleh slogan PAS iaitu ‘penubuhan sebuah negara Islam’. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kerusi Parlimen yang mereka tandingi. MCA secara tidak langsung memperoleh manfaat dalam kejadian ini dan memenangi 28 buah kerusi dan UMNO pula berjaya kekalkan 72 buah kerusi.

Mahathir melepaskan jawatannya sebagai PM pada Oktober 2003. Abdullah sebagai PM ke-lima telah membawa BN kepada kemenangan yang sangat besar pada PRU ke 11. BN memenangi sebanyak 198 kerusi dan telah menawan kembali negeri Terengganu.

Selepas menjawat jawatan PM, Abdullah yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Islam telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari. Konsep ini telah menyebabkan masyarakat Melayu menolak PAS dalam usaha "menubuhkan sebuah negara Islam" dan juga menghapuskan kebimbangan masyarakat bukan Islam. Beliau telah dikenang dengan gelaran sebagai ‘”Bapa Pembangunan Modal Insan”.

Agama dan integriti berterusan menjadi subjek utama bagi PRU ke 14 yang akan datang ini.

RUU 355 yang dibentangkan PAS pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini menimbulkan kekecohan. Adalah tidak wajar Kerajaan pimpinan Najib melibatkan diri dalam perkara ini. BN bila-bila sahaja boleh "mendapat masalah."

BN perlu berhati-hati dalam isu melibatkan rasuah. Kerajaan di bawah pimpinan Abdullah hanya dalam tempoh empat tahun telah mengalami Tsunami Politik dan menyebabkan Kerajaan hilang majoriti dua per tiga.

Ramai berpendapat yang salah satu penyebabnya adalah rakyat menyatakan rasa kecewa dengan ketidakmampuan BN dalam mengatasi gejala rasuah menerusi pembuangan undi.

Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi, isu ini belum muncul lagi dalam dua musim PRU lepas. Ramai orang akan mengaitkan dengan inflasi, pelaksanaan GST dan penurunan nilai mata wang.

Berapa jumlah undi yang Kerajaan BN akan hilang disebabkan oleh rakyat ‘tidak cukup wang’? Jawapan hanya diketahui sehingga hari mengundi. - Nanyang Siang Pau

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.