Dikemaskini 8:18 AM, 23 Jun, 2017
A+ A A-

PH berdepan kesukaran dalam pemilihan pemimpin tertinggi?

Sikap degil PPBM telah menimbulkan rasa tidak puas hati parti yang lain. Selain itu, PPBM juga mencadangkan Azmin Ali sebagai Timbalan Pengerusi manakala Lim Kit Siang dan Mat Sabu sebagai Naib Pengerusi. Sikap degil PPBM telah menimbulkan rasa tidak puas hati parti yang lain. Selain itu, PPBM juga mencadangkan Azmin Ali sebagai Timbalan Pengerusi manakala Lim Kit Siang dan Mat Sabu sebagai Naib Pengerusi.

Belum sampai dua tahun penubuhan, PH kini berdepan dengan kesukaran dalam pemilihan pemimpin tertinggi? Difahamkan timbul pertikaian pendapat dalam pemilihan Ketua Pemimpin PH antara PPBM, PKR, DAP dan PAN, menyebabkan struktur kepimpinan pakatan belum dapat dimuktamadkan sehingga hari ini.

Menurut pendedahan pemimpin PH kepada akhbar, sebenarnya PH sudah menolak cadangan PPBM iaitu Mahathir sebagai Pengerusi Kehormat manakala Muhyiddin Yassin pula sebagai Pengerusi PH dua minggu lepas.

Bagaimanapun sikap degil PPBM telah menimbulkan rasa tidak puas hati parti yang lain. Selain itu, PPBM juga mencadangkan Azmin Ali sebagai Timbalan Pengerusi manakala Lim Kit Siang dan Mat Sabu sebagai Naib Pengerusi.

Menurut sumber dalaman PKR, cadangan PPBM itu telah membuatkan PKR dan DAP berasa tidak gembira dan menolak cadangan tersebut kerana PPBM adalah parti baru yang hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen dan belum layak untuk memimpin PH.

Begitu juga mereka tidak bersetuju struktur PH ada jawatan Pengerusi Kehormat dan Pengerusi kerana jawatan tersebut tidak jelas dan boleh mencetuskan kekeliruan. – Sin Chew Jit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.