Dikemaskini 9:07 AM, 19 Aug, 2017
A+ A A-

PRU14 paling cepat September atau awal tahun depan

Sekarang adalah bulan Ramadhan dan hujung bulan Jun pula adalah sambutan perayaan Hari Raya Puasa. Oleh demikian sepanjang bulan Syawal sehingga bulan Ogos tidak mungkin akan diadakan aktiviti yang besar terutamanya PRU. Sekarang adalah bulan Ramadhan dan hujung bulan Jun pula adalah sambutan perayaan Hari Raya Puasa. Oleh demikian sepanjang bulan Syawal sehingga bulan Ogos tidak mungkin akan diadakan aktiviti yang besar terutamanya PRU.

Terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa PRU14 akan diadakan pada tahun ini, jika membelek kepada kalendar antara September atau Oktober. Selain tarikh tersebut, ia mungkin akan diadakan antara Mac atau April tahun depan.

Sekarang adalah bulan Ramadhan dan hujung bulan Jun pula adalah sambutan perayaan Hari Raya Puasa. Oleh demikian sepanjang bulan Syawal sehingga bulan Ogos tidak mungkin akan diadakan aktiviti yang besar terutamanya PRU.

Menjelang bulan Ogos pula, Negara bakal menyambut kemerdekaan dan pada 16 September pula adalah Hari Malaysia. Sementara itu daripada 19 hingga 31 Ogos pula, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada acara Sukan SEA selepas 16 tahun. Oleh kerana negara kita jarang menganjurkan acara sukan antarabangsa, maka Malaysia sangat ambil serius terhadap acara berprestij ini.

Selepas acara Sukan SEA pula antara September dan Oktober adalah peluang terbaik untuk mengadakan PRU. Oleh kerana selepas tempoh tersebut di kebanyakan kawasan Malaysia Timur akan mengalami monsun dan kebiasaannya membawa kepada masalah banjir yang teruk, maka mahu tidak mahu PRU terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan. Tahun depan selepas Januari pula iaitu, 16 Februari adalah sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Selepas PRU13, mesyuarat pertama Parlimen adalah pada 24 Jun 2013. Dengan erti kata lain, Parlimen Malaysia paling lewat perlu dibubarkan sebelum 24 Jun tahun depan, jika tidak Parlimen akan terbubar secara automatik dan SPR perlu mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari bagi memastikan Ahli Parlimen penggal yang baru dipilih sebelum 24 Ogos.

Pada 17 Mei hingga 17 Jun 2018 pula adalah tarikh Ramadhan dan juga Hari Raya Puasa. Justeru itu, tarikh yang paling sesuai untuk diadakan PRU14 adalah antara September hingga Oktober tahun ini atau antara Mac hingga April tahun depan.

Jika PM Najib menunggu sehingga Parlimen dibubarkan secara automatik, maka satu lagi tarikh kemungkinan adalah antara Julai hingga Ogos 2018.

Sebenarnya dalam keadaan pembangkang yang sedang huru-hara, bila-bila masa sahaja adalah peluang terbaik untuk PM mengadakan PRU14 melainkan negara tiba-tiba sahaja berlaku peristiwa besar yang akan menyebabkan dilema kepada Kerajaan Najib.

Walaupun baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Presiden China, Xi Jinping mungkin akan melawat Malaysia pada bulan Oktober sehingga memaksa kepada penangguhan PRU, namun kebarangkalian tersebut tidak besar kerana tidak mungkin tarikh PRU negara ditentukan oleh jadual lawatan pemimpin daripada luar negara.

Lagipun kebiasaannya, pada akhir tahun Parti Komunis China akan mengadakan kongres parti dan kepimpinan tertinggi China sangat menitikberat kongres tersebut. Meskipun tarikh belum dimuktamadkan namun kebarangkalian Xi Jinping datang melawat Malaysia pada Oktober tahun ini adalah tidak besar.

Di pihak lawan pula, musuh utama Najib iaitu Anwar Ibrahim masih lagi dipenjarakan dan paling awal beliau akan dibebaskan adalah pada pertengahan 2018. Di negeri pula, Lim Guan Eng masih lagi menjadi rintangan yang besar.

Perbicaraan kes Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo mewah dengan harga yang rendah ditetapkan pada Julai ini dan dipercayai tempoh perbicaraan akan mengambil masa yang panjang, maka ada yang berpendapat Kerajaan BN akan mengambil peluang ini untuk mengubah politik di Pulau Pinang.

Selain itu, faktor lain yang akan memberi manfaat kepada Najib adalah konflik pakatan pembangkang berhubung calon PM di mana PPBM kelihatan mempunyai perbezaan pendapat mengenainya. Begitu juga terputusnya hubungan kerjasama PAS dengan PH juga berkemungkinan besar akan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Sementara itu bagi anggota komponen BN pula termasuk UMNO, MCA dan MIC, selepas penyusunan semula parti, Najib masih memegang kukuh tampuk kuasa. Oleh demikian, pertimbangan terbesar Najib hari ini adalah bagaimana untuk memastikan rakyat tidak meluat dengan Kerajaan dan memastikan dasar adalah benar-benar memanfaatkan rakyat. – Kwong Wah Yit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.