Dikemaskini 4:09 AM, 19 Sep, 2017
A+ A A-

Apakah itu 'kesederhanaan'?

Ucapan politik atau sembang kosong ini semua tidak penting, Sivarasa bukan orang Islam dan beliau telah memasuki kawasan suci. Ucapan politik atau sembang kosong ini semua tidak penting, Sivarasa bukan orang Islam dan beliau telah memasuki kawasan suci.

Ahli Parlimen PKR Subang Sivarasa dikatakan telah membuat ucapan politik di dalam masjid. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berpendapat perkara ini telah ‘melampaui batas’. Sebenarnya, masalah ini bukan disebabkan oleh politik atau ucapan yang dilakukan, tetapi disebabkan Sivarasa adalah orang bukan Islam.

Menurut laporan, jika disabitkan kesalahan di bawah enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, ia akan membawa hukuman denda tidak lebih dari RM3000 atau hukuman penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ucapan politik atau sembang kosong ini semua tidak penting, Sivarasa bukan orang Islam dan beliau telah memasuki kawasan suci. Ini yang dimaksudkan ‘melampaui batas’.
 Kita tidak boleh berlaku biadap dengan Sultan kerana prinsip Sultan yang melarang mana-mana kawasan ibadat sebagai tempat mengadakan aktiviti politik adalah betul.

Tetapi jika dilihat kembali bukankah ini semua disebabkan politik? Oleh kerana sekeping foto Sivarasa berucap di dalam masjid telah tersebar di media sosial telah menyebabkan Sultan murka?

Ya, kita telah mengakui ini berkait dengan sensitiviti agama dan kawasan larangan. Apa yang penting bukan ucapan yang dilakukan oleh Sivarasa. Isi ucapan dan perkongsian pengalaman beliau tidak penting, yang paling penting adalah beliau telah melanggar arahan mengenai kawasan larangan (juga disebut "melampaui batasan").

Negara kita adalah sebuah negara sekular harmoni. Tidak perlulah PM Najib memberitahu kita setiap hari apa itu "Ortodoks dan negara Islam yang bersederhana". Tetapi pada hakikatnya dasar agama negara telah mencapai tahap yang sebegini.

Pada asasnya, ini adalah bertentangan dengan hasrat jangka panjang oleh Bapa-Bapa Malaysia. Ini adalah bertentangan dengan wawasan mereka.

Ajaran agama di Malaysia adalah bersifat harmoni jika masing-masing hanya melibatkan diri dalam aktiviti agama masing-masing. Ini adalah seperti MCA bertanggungjawab dengan tokong Cina, MIC pula dengan kuil Hindu dan sebagainya?

Adakah model ini berasal dari politik, terutamanya para pemerintah hegemoni?
 Tindakan Sivarasa ini, bukankah prinsipnya sama sahaja dengan ahli politik Islam memasuki rumah ibadah bukan Islam?

Apakah itu kesederhanaan? Apakah itu harmoni? Najib telah mengambil bahagian dalam aktiviti Thaipusam, memasuki kuil dan memberi ucapan. Adakah ini dikira sebagai ‘melampaui batas’?

Perlukah untuk menetapkan beberapa Akta bagi menyekat orang Islam dari memasuki rumah ibadah orang bukan Islam untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti atau memberi ucapan?

Saya khuatir Malaysia akan menuju ke jalan buntu jika perlu menempuh jalan seperti ini. Sama seperti komen-komen remeh dan membuang masa di laman sosial berkaitan gambar tersebut.

Perkara kecil begini boleh menimbulkan kekecohan yang begitu besar, malah bertindak balas dengan menggunakan undang-undang. Memang tidak tahu apa patut dikatakan lagi. – Oriental Daily

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.