Dikemaskini 5:56 AM, 25 Apr, 2018
A+ A A-

Pejabat pos dipecah masuk, wang RM25,000 lesap

Kejadian itu disedari oleh seorang penyelia serahan yang tiba di premis berkenaan pada jam 7.10 pagi selepas mendapati bumbung bahagian belakang tempat letak motosikal dan pagar serta zink yang dijadikan dinding dipotong. Kejadian itu disedari oleh seorang penyelia serahan yang tiba di premis berkenaan pada jam 7.10 pagi selepas mendapati bumbung bahagian belakang tempat letak motosikal dan pagar serta zink yang dijadikan dinding dipotong.

Tiga lelaki melarikan wang tunai RM25,000 iaitu wang kutipan yang disimpan di dalam peti besi, selepas memecah masuk tingkat bawah Pejabat Pos Tanjung Rambutan, dekat Ipoh awal pagi semalam.

Kejadian itu disedari oleh seorang penyelia serahan yang tiba di premis berkenaan pada jam 7.10 pagi selepas mendapati bumbung bahagian belakang tempat letak motosikal dan pagar serta zink yang dijadikan dinding dipotong.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata kira-kira sejam selepas menyedari kejadian itu, penyelia berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Rambutan.

Berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu, tiga lelaki yang menutup muka dan memakai topi memasuki premis itu kira-kira jam 3 pagi dan mereka menebuk peti besi berkenaan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menjumpai dua kesan cap jari, peralatan pecah masuk iaitu alat pemotong dan dua pemutar skru serta kotak alat penggera yang dibuang ke dalam longkang berhampiran premis itu," katanya.

Menurut Mohd Ali, penyelia terbabit memaklumkan kepada polis bahawa kejadian itu adalah kali pertama berlaku dan wang dalam peti besi itu adalah hasil kutipan urusan pejabat itu. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.