Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Pasangan ditahan lepas tanam bayi dalam kebun

Penahanan tersebut adalah susulan laporan dari Hospital Kota Tinggi yang menyatakan terdapat seorang wanita yang dirawat di Wad Kecemasan akibat dari pendarahan bersalin. Penahanan tersebut adalah susulan laporan dari Hospital Kota Tinggi yang menyatakan terdapat seorang wanita yang dirawat di Wad Kecemasan akibat dari pendarahan bersalin.

Seorang wanita berusia 23 tahun yang bertindak menanam bayi  baharu dilahirkannya di satu kebun di Kota Tinggi  ditahan bersama pasangannya, semalam.

Penahanan tersebut adalah susulan laporan dari Hospital Kota Tinggi yang menyatakan terdapat seorang wanita yang dirawat di Wad Kecemasan akibat dari pendarahan bersalin.

"Siasatan awal mendapati bayi yang dilahirkan ditanam di satu kawasan kebun di Kota Tinggi.

"Pihak polis sudah membuka siasatan secara menyeluruh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ashmon Bajah berkata dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wanita tersebut mendakwa bayi tersebut meninggal selepas dilahirkan dan pasangannya turut membantu untuk menamam mayat bayi itu.

Wanita dan pasangannya yang berusia 21 tahun tersebut direman sehingga 11 Disember bagi membantu siasatan.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.