Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Tokan syabu ditahan di Baling

Pemangku Ketua Pegawai AADK, Nor Hajar Aswat Kamis berkata tokan berusia 33 tahun itu yang aktif di sekitar Pulai dan beberapa kawasan lain sekitar Baling ditahan bersama tiga lelaki berusia 20 hingga 30-an dalam serbuan bermula 9 malam hingga 5.30 pagi tadi. Pemangku Ketua Pegawai AADK, Nor Hajar Aswat Kamis berkata tokan berusia 33 tahun itu yang aktif di sekitar Pulai dan beberapa kawasan lain sekitar Baling ditahan bersama tiga lelaki berusia 20 hingga 30-an dalam serbuan bermula 9 malam hingga 5.30 pagi tadi.

Seorang tokan dadah yang aktif mengedar syabu di daerah ini, dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Baling dalam satu serbuan di Taman Tok Kaya, Pulai dekat Baling.

Pemangku Ketua Pegawai AADK, Nor Hajar Aswat Kamis berkata tokan berusia 33 tahun itu yang aktif di sekitar Pulai dan beberapa kawasan lain sekitar Baling ditahan bersama tiga lelaki berusia 20 hingga 30-an dalam serbuan bermula 9 malam hingga 5.30 pagi tadi.

"Ketika serbuan pihak AADK turut merampas tiga paket lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis methamphetamine (syabu)," katanya dalam kenyataan media.

Nor Hajar Aswat berkata, selain itu serbuan pada waktu yang sama turut dijalankan di Kampung Sadik, Kampung Bukit Iboi, Kampung Mengkuang, Kampung Teluk Durian, Kampung Parit Panjang, Kampung Tok Weng, Kampung Ulu Sera, Taman Sebelah Perodua dan Kampung Padang Setol.

Dalam serbuan tersebut katanya, seramai 14 individu berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun ditahan berikutan pemeriksaan saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat AADK Daerah Baling untuk tindakan lanjut. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.