Dikemaskini 9:43 AM, 20 Feb, 2018
A+ A A-

Mahkamah lanjut reman dua 'Datuk' kes terowong

Minggu lalu, seorang individu yang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi sebuah syarikat hartanah dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, manakala seorang lagi pula yang adalah pengarah eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya. Minggu lalu, seorang individu yang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi sebuah syarikat hartanah dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, manakala seorang lagi pula yang adalah pengarah eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan tempoh reman dua individu berpangkat ‘Datuk’ yang disiasat berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang disambung selama lima hari lagi.

Perintah sambung reman bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Khir Nizam Jemari.

Kedua-dua suspek itu dibawa secara berasingan ke mahkamah pada kira-kira jam 9.15 pagi. Mereka berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dengan tangan bergari.

Minggu lalu, seorang individu yang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi sebuah syarikat hartanah dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, manakala seorang lagi pula yang adalah pengarah eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah direman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Kedua-dua suspek itu sebelum ini direman selama enam hari sehingga hari ini.

Penahanan mereka dibuat susulan daripada serbuan SPRM ke beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdu Razak (Komtar), 9 Januari lalu, berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.