Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Di PWTC Najib umum Mahathir 'bekas negarawan'

Dr Mahathir pernah menjadi presiden Umno selama 22 tahun dan bersungguh-sungguh melobi supaya Najib dilantik menjadi timbalan perdana menteri ketika kabinet Malaysia diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir pernah menjadi presiden Umno selama 22 tahun dan bersungguh-sungguh melobi supaya Najib dilantik menjadi timbalan perdana menteri ketika kabinet Malaysia diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Membayangkan sengitnya perseteruan antara mereka hari ini Datuk Seri Najib Razak secara terbuka merujuk kepada tokoh yang pernah bertanggungjawab menaikkannya menjadi perdana menteri sebagai "bekas negarawan".

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya Najib berkata bekas negarawan itu kini mengetuai "parti bunga raya" atau "kembang sepatu" yang merujuk kepada logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selepas menyerang DAP yang dilabelkannya sebagai gagal menguruskan mesyuarat sendiri, Najib memperkatakan BERSATU.

"Ini tak masuk lagi cerita parti bunga raya atau istilah dulu-dulu, kembang sepatu yang diterajui bekas pucuk pimpinan Umno dan seorang bekas negarawan," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Secara sinis lagi presiden Umno itu menyindir parti terbabit yang gagal menguruskan pertubuhan berkenaan dan tidak membawa sebarang "nilai".

Sambil sedikit berlapik - dengan kata "maaf cakaplah" - Najib berkata BERSATU khabarnya mahu berjuang untuk orang Melayu dan Islam tetapi rela dipergunakan oleh DAP.

"(BERSATU) sedang dijadikan perkakas oleh DAP yang terang-terang anti-Melayu dan Islam, (seperti) tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya," katanya.

Dr Mahathir pernah menjadi presiden Umno selama 22 tahun dan bersungguh-sungguh melobi supaya Najib dilantik menjadi timbalan perdana menteri ketika kabinet Malaysia diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga antara pemimpin Umno yang kelihatan paling gembira apabila Abdullah berundur dan digantikan dengan Najib.

Bagaimanapun beberapa isu yang timbul selepas itu - terutama dakwaan skandal 1MDB - menjadikan hubungan Dr Mahathir dan Najib retak sebelum akhirnya putus.

Dr Mahathir bersama sekumpulan pemimpin kanan Umno kemudian menubuhkan BERSATU.

Semasa menyentuh mengenai perkembangan semasa ekonomi negara Najib sekali lagi merujuk Dr Mahathir sebagai "bekas negarawan".

Kata Najib pembangkang menyerang kerajaan dengan mendakwa Malaysia kini sebuah negara gagal dan bakal bankrap.

Hakikatnya kata Najib pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga tahun ini berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.

"Bahkan kedudukan ekonomi sekarang terbukti jauh lebih baik daripada KDNK negara 1998, iaitu penurunan 7.4 peratus di zaman pimpinan bekas negarawan itu.

"Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak RM429 bilion berbanding 1997 dan 1998, ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah RM59.1 bilion.

"Fikirlah sendiri, kalau rizab serendah RM59.1 bilion, belum campur RM31 bilion yang hilang entah ke mana pun, negara masih tidak dituduh bankrap," katanya merujuk kepada skandal dagangan mata wang asing (forex) yang berlaku pada era Dr Mahathir. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.