Dikemaskini 8:18 AM, 23 Jun, 2017
A+ A A-

Kita 'binatang' yang sedang sakit

Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015 mendapati 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia mempunyai masalah mental dan mejoriti datang daripada remaja berumur 16-19 tahun (29.3%). Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015 mendapati 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia mempunyai masalah mental dan mejoriti datang daripada remaja berumur 16-19 tahun (29.3%).

Terimalah satu hakikat bahawa kita semua sedang sakit. Nilai-nilai kemanusiaan diantara kita sudah mula terhakis. Negara kita tersenarai dalam Top 50 (di belakang Singapura dan Thailand) dalam negara yang gembira oleh PBB, namun tidak ada apa yang gembira jika kita membaca berita yang dihidangkan kepada kita.

Di Melaka seorang pelajar perempuan membunuh diri kerana putus cinta.

Di Puchong remaja berusia 17 tahun terjun membunuh diri daripada tingkat 15.

Di UPNM lebih 30 mahasiswa membuli dan bersubahat mengakibatkan mangsa melecur tahap tiga (meningal).

Di Georgetown seorang remaja 18 tahun dipukul, diliwat sehingga mati otak (meningal) oleh remaja berusia 16 sehingga 18 tahun.

Di Puchong dua orang lelaki merompak dan merogol pekerja kedai. Seorang daripada mereka ditangkap seorang lagi mati membunuh diri.

Di Alor Setar seorang lelaki berusia 30 tahun dipukul oleh orang ramai sehingga koma (meningal) kerana tersalah masuk tandas wanita.

Di Padawan seorang lelaki dalam keadaan berbogel ditangkap dan dipukul kerana dikatakan cuba menceroboh sebuah rumah.

Kesemua mangsa dan suspek ini terdiri daripada remaja dan dewasa. Makna kata ini semua melibatkan belia (35 tahun ke bawah), jika benar masa hadapan merupakan cerminan pada belia pada hari ini, saya tidak fikir kita pada landasan yang betul.

Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015 mendapati 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia mempunyai masalah mental dan mejoriti datang daripada remaja berumur 16-19 tahun (29.3%).

Kajian ini tidak habis hanya disitu, mereka mendapati terdapat peningkatan jumlah pasakit mental setiap tahun, bermakna kita semakin hari semakin sakit. Kajian ini juga menjawab kepada kita kenapa semakin hari kita semakin sakit,

1. Masalah kewangan
2. Penganguran
3. Masalah di tempat kerja
4. Masalah keluarga
5. Lemah sokongan sosial
6. Lemah daya tindak (coping)

Punca-punca ini menyebabkan kita hidup dalam keadaan yang tertekan. Kita bekerja sehingga terlupa keluarga, kita belajar sehingga terlupa rakan sekelas, kita bercita-cita tanpa cinta. Lama kelamaan kita lupakan sifat-sifat manusia, kita bukan lagi manusia, kita Binatang yang sakit.

Setiap pagi, kita bangun memikirkan untuk bersaing memastikan orang lain tidak kalahkan kita, orang lain tidak merampas kebahagian kita menyebabkan lahirnya rasa takut, ketidakpercayaan kepada manusia yang lain, ketidakpedulian perasaan kemanusiaan. Inilah sifat-sifat Binatang yang tengah sakit.

 

Dipetik dari Facebook Jefry Musa

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.