Dikemaskini 5:56 AM, 25 Apr, 2018
A+ A A-

Fasha Sandha Akhirnya Pilih Jadi Produser

Bagaimanapun, kata Fasha persepsi itu berubah sama sekali apabila dia diberikan peluang dan kepercayaan untuk menceburi bidang penerbitan televisyen sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun, kata Fasha persepsi itu berubah sama sekali apabila dia diberikan peluang dan kepercayaan untuk menceburi bidang penerbitan televisyen sejak tiga bulan lalu.

Pelakon Fasha Sandha mengakui dia tidak pernah terfikir akan bergelar seorang penerbit dalam kerjaya seninya yang kini memasuki tahun ke-16.

Bagaimanapun, kata Fasha persepsi itu berubah sama sekali apabila dia diberikan peluang dan kepercayaan untuk menceburi bidang penerbitan televisyen sejak tiga bulan lalu.

"Memang betul selama saya jadi pelakon, saya selalu cakap pada diri sendiri saya tidak akan jadi penerbit sebab akan pening kepala dan tak menguntungkan sangat.

"Saya selesa dan senang menjadi pelakon. Hanya tunaikan tanggungjawab mengikut kehendak skrip dan watak dan terima bayaran atas kerja saya. Selebihnya (tentang operasi sesebuah produksi) saya tidak perlu fikir sangat," katanya yang ditemui di set rakaman sitkom Mamu Mami Gosip di Seri Kembangan di sini, petang Sabtu

Sitkom 50 episod arahan Aizam Syamsul itu adalah karya sulung terbitan Fasha menerusi syarikat produksinya sendiri, FS Creative Sdn Bhd yang ditubuhkan dua bulan lalu.

Selain Fasha, sitkom itu turut dibintangi Kazar Saisi, Dalimawati, Tauke (Jambu), Amyza Aznan, Elisya Sandha, Fikhree Bakar dan Afifah Nasir sebagai pelakon tetap.

Selain itu, pelbagai artis popular tanah air seperti Fauziah Nawi, Hazama, Farahdhiya, Achey dan Ruhainies.

Fasha berkata, selama bergelar pelakon dia beranggapan bahawa bidang penerbitan TV adalah perniagaan yang kurang menguntungkan malah memeningkan kepala.

"Pening memang pening sebab sebagai penerbit saya perlu fikirkan segenap aspek daripada teknikal, cerita, pelakon hinggalah kebajikan semua pihak di set rakaman.

"Tapi pening itu hanya saya alami pada hari pertama rakaman saja bila masuk hari kedua dan seterusnya saya sudah dapat rentak dan semua okey sampai sekarang.

"Malah saya jadi semakin seronok pula menceburi bidang penerbitan TV terutama sitkom dan program bual bicara. InsyaAllah lepas ini dua genre program ini akan saya teruskan menerusi FS Creative," katanya yang menguruskan perjalanan rakaman sitkom itu sejak 19 Disember lalu. -mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.