Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Ibu Zul Ariffin meninggal dunia

  • Written by Smasa News
  • Published in Buzz
  • 0 comments
Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anak perempuannya di Petaling Jaya dan jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor. Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anak perempuannya di Petaling Jaya dan jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Ibu kepada pelakon Zul Ariffin iaitu Robiah Nasir meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi Selasa dipercayai akibat serangan jantung.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh kelab peminat Zul iaitu Zul Ariffin FC di Instagram.

Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anak perempuannya di Petaling Jaya dan jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Menerusi kapsyen itu, kelab peminat itu memberitahu akan sentiasa mengingati Allahyarham sebagai seorang yang sentiasa menyokong selain bertenaga dan sentiasa positif.

"Sama-sama kita doakan semoga Allahyaraham berada di tempat yang baik," tulis pada kapsyen itu berserta foto Zul bersama ibu kesayangannya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.