Dikemaskini 7:59 AM, 11 Dec, 2017
A+ A A-

Tiada permohonan nikah dari Fattah dan Fazura

  • Written by Smasa News
  • Published in Buzz
  • 0 comments
Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon tersebut juga belum hadir untuk menguruskan hal berkaitan nikah kahwin di pejabat agama berkenaan. Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon tersebut juga belum hadir untuk menguruskan hal berkaitan nikah kahwin di pejabat agama berkenaan.

Status pernikahan aktor Fattah Amin dan Nur Fazura terus menjadi tanda tanya apabila Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat tentang pernikahan berkenaan yang kononnya berlangsung pada malam Selasa lalu.

Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon tersebut juga belum hadir untuk menguruskan hal berkaitan nikah kahwin di pejabat agama berkenaan.

"Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu berkenaan (malam). Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya membuat permohonan pernikahan terlebih dahulu sebelum dinikahkan oleh pegawai dari pejabat agama," kata jurucakap tersebut.

Namun begitu tambahnya, sesuatu pernikahan boleh juga dibuat tanpa mendapat permohonan pejabat agama daerah iaitu dengan menggunakan khidmat juru nikah kariah masjid berdekatan.

Bagaimanapun katanya, dalam kes berkenaan, ia perlu dilakukan secara tertutup yang kebiasaannya bagi kes tangkap khalwat.

"Apa-apa pun, jika mereka (Fattah dan Fazura) benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini (jika pernikahan dilakukan di daerah Petaling)," ujarnya kepada mStar Online.

Dunia hiburan pada Rabu dikejutkan dengan berita kononnya pelakon Fattah Amin, 27, dan Fazura, 34, bernikah dalam diam yang mana majlis itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat mereka sahaja.

Media melaporkan, satu majlis telah berlangsung di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya pada malam Selasa lalu namun tidak dipastikan sama ada ia majlis pernikahan, pertunangan atau kenduri kesyukuran untuk mereka mengerjakan umrah.

Fattah dan Fazura menunaikan Umrah di Makkah bersama keluarga masing-masing dan berlepas pada pagi Rabu.

Sementara itu, pasangan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengadakan satu sidang media pada 23 November ini selepas pulang mengerjakan umrah.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.