Dikemaskini 7:54 AM, 20 Oct, 2017
A+ A A-

Level saya dengan Fattah Amin macam langit dengan bumi -Fikry Ibrahim

Kata Fikry tiada sebab dia nak berlagak 'diva' apatah mengetahu perjalanan kerjaya seninya masih lagi hijau. Kata Fikry tiada sebab dia nak berlagak 'diva' apatah mengetahu perjalanan kerjaya seninya masih lagi hijau.

Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim kecewa apabila ada pihak seolah sengaja mencipta isu kononnya dia berperangai 'diva' di sebuah set penggambaran drama.

Fikry, 23, ketika dihubungi berkata, pihak tersebut sepatutnya menegur secara berdepan jika dia ada membuat sebarang kesilapan.

"Jujurnya, saya agak kecewa apabila ada pihak seolah-olah sengaja mencipta isu sebegini sedangkan saya tahu di mana kedudukan saya sebagai orang baru dalam industri, takkan saya nak berkelakuan sedemikian?

"Sepatutnya individu tersebut datang tegur secara berdepan, bukan buat cerita di belakang sehingga menimbulkan persepsi kurang enak orang terhadap saya," katanya kepada mStar Online.

Fikry diminta mengulas laporan pojok sebuah akhbar kononnya dia mula bersikap 'diva' sehingga menjejaskan penggambaran sebuah produksi drama.

Kata Fikry tiada sebab dia nak berlagak 'diva' apatah mengetahu perjalanan kerjaya seninya masih lagi hijau.

Menurut laporan tersebut Fikry dikatakan sering merungut dengan cuaca panas sepanjang penggambaran dan cuba menumpang populariti pelakon Fattah Amin.

Dalam pada itu, pelakon Hero Seorang Cinderella berkata, dia sedar dirinya sebagai orang baharu dan tidak layak untuk bersikap demikian.

"Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya bila saya cakap semua tu?

"Yalah, takutlah juga dalam kita duk berhati-hati, ada yang terlepas cakap. Tapi rasanya memang tak ada," katanya yang kini sibuk di set penggambaran drama Coklat Semanis Honey.

Sementara itu, kata anak jati kelahiran Jitra Kedah ini lagi, dia menganggap apa yang berlaku sebagai asam garam bergelar anak seni.

Selain itu, ketika diminta komen mengatakan dia bakal menjadi pencabar kepada Fattah amin, Fikri terbuka berkongsi kenyataannya.

"Kelakar juga bila dengar kenyataan ini sebab 'level' Fatah dengan saya jauh seperti langit dan bumi (ketawa).

"Apapun, saya fikir positif dan anggap ianya sebagai motivasi terbaik untuk kerjaya seni saya di masa akan datang," ujarnya. -mStar Online 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.