Dikemaskini 8:18 AM, 23 Jun, 2017
A+ A A-

#QuranHour: Azmi Caliph Buskers pimpin bacaan Al-Quran Braille

Beliau yang yang popular dengan lagu 'Hanya NamaMu' berkata beliau dimaklumkan mengenai jemputan ke program berkenaan empat hari lepas. Beliau yang yang popular dengan lagu 'Hanya NamaMu' berkata beliau dimaklumkan mengenai jemputan ke program berkenaan empat hari lepas.

Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui gementar apabila memimpin bacaan surah Al-Ma'un pada program sejam bersama Al-Quran #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini dengan menggunkan quran braille

"Agak gementar sebenarnya bila dipilih untuk memimpin bacaan, apatah lagi diketahui ada qari yang lebih hebat memimpin bacaan surah lain. Tapi Alhamdulillah dan nasib baik dapat surah senang," katanya yang ditemui kemudian.

Beliau yang yang popular dengan lagu 'Hanya NamaMu' berkata beliau dimaklumkan mengenai jemputan ke program berkenaan empat hari lepas.

Beliau yang mengikuti kelas al-quran melalui Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) berkata walaupun sibuk dengan tugasan karier seninya, namun beliau tetap berusaha meluangkan masa mempelajari dan membaca ayat-ayat suci al-quran setiap hari.

"Di waktu zaman persekolahan, surah kegemaran saya adalah surah Al-Insyirah kerana cikgu saya cakap, ia bermaksud penerang hati. Walaupun kita tidak nampak, tetapi hati kita terang," tambahnya.

Pelajar dari Nigeria, Osman Sufian Duguri, 30, berkata beliau datang dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu ke Putrajaya sejak semalam semata-mata untuk beriktikaf di masjid sempena 10 terakhir Ramadhan.

"Program seumpama ini amat menarik dan saya mengambil peluang menyertainya kerana ianya adalah peluang terbaik untuk semua Muslim bersama-sama mengalunkan ayat suci yang diturunkan oleh Allah kepada semua umat manusia," katanya.

Mohd Yusuf Sudin, 79, berkata beliau mengikuti program yang sama tahun lepas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

"Jadi tahun ini, saya mengajak keluarga saya termasuk anak-anak dan cucu-cucu saya untuk sekali lagi menyertai program ini di Putrajaya kerana ia memberi manfaat kepada semua golongan dalam menerapkan budaya membaca al-quran," katanya.

Program itu berjaya menarik masyarakat Muslim dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang dengan kehadiran lebih 5,000 orang yang memenuhi ruang utama masjid.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff berkata program yang dianjurkan WUI itu juga mendapat sambutan di lebih 1,660 lokasi program di dalam dan luar negara.

"Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dengan sinergi 14 media tempatan, penganjuran program ini telah berjaya menyatukan masyarakat pelbagai usia dan latar belakang dalam satu majlis bacaan al-quran," katanya.--Bernama

Last modified onIsnin, 19 Jun 2017 16:48

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.