Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

“Saya sedia jumpa Jakim tapi…” – Nur Sajat

  • Written by Smasa News
  • Published in Buzz
  • 0 comments
Bagaimanapun Nur Sajat menjelaskan bahawa beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama. Bagaimanapun Nur Sajat menjelaskan bahawa beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama.

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman sedia berjumpa dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu berkaitan dirinya hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun Nur Sajat menjelaskan bahawa beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama.

“Setakat ini, Sajat tidak mendapat sebarang maklumat daripada P.A (pembantu peribadi) berhubung pertemuan berkenaan. Kalau orang nak cari Sajat, ada je kat Wisma Nur Sajat ni.

“Sepatutnya kalau dia (pihak Jakim) nak jumpa Sajat, dia boleh terus berhubung dengan Sajat sendiri atau dengan P.A (pembantu peribadi), bukannya dengan mesej terbuka macam tu,” katanya kepada mStar Online.

Pada Isnin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial Facebook menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Sajat.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitternya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

Sajat menegaskan bahawa selama ini, beliau sebenarnya tidak mengambil peduli terhadap kecaman dan cemuhan netizen mahupun masyarakat mengenai dirinya.

Mengenai pelbagai isu termasuk mengaitkan dirinya dengan kekeliruan identiti, Sajat berkata, tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab itu sekadar mencemburui dirinya yang semakin berjaya dalam bidang perniagaan.

Namun Sajat menjelaskan bahawa beliau di pihak yang benar, maka tiada perkara yang perlu dibimbangi berhubung pertemuan dengan Jakim.

"Saya sedia berjumpa dengan Jakim tapi biarlah ia dibuat secara berhemah. Kalau elok antara kedua-dua pihak, kenapa tidak?

"Kita boleh berjumpa, tak ada masalah pun. Sajat tahu di pihak yang benar, bukannya buat kerja-kerja yang tidak elok,” katanya.

Menerusi ‘mesej terbuka’ itu, Izwan merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim berhajat untuk berjumpa Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim supaya kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat.

“Atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7,” kata Izwan.

Berkenaan hal-hal membabitkan Sajat di media sosial, Izwan berkata, pihaknya mengambil sikap berkecuali kerana mereka perlu mengetahui masalah sebenar yang dihadapi.

“Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap Sajat.

“Saya dan rakan-rakan di Jakim sentiasa terbuka membantu dan beri khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam,” katanya. -mStar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.